Sunday, December 18, 2011

10 Nasihat Untuk Orang Yang Bercinta

  • Janganlah dirimu membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum dirimu berkahwin dengan ‘si dia’.
  • Bercintalah dengannya sekadarnya sahaja... Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.
  • Jika dirimu ingin berbahagia seumur hidup.. Tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum dirimu berhak menjadi milik ‘si dia’.
  • Jika dirimu menyintainya.. Binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.
  • Kebahagiaan yang dirimu lihat sebelum berkahwin hanya palsu.. Yanghakikatnya adalah selepas dirimu diijabkabulkan.
  • Jikalau dirimu inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu.. Maka dirimulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
  • Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating'..Cukuplah sekadar dirimu tahu apa yang perlu dirimu tahu.
  • Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.
  • Jika dirimu masih belum bercinta.. Tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
  • Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah.. Kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

Pretty / Handsome , Suka entry ni ? Ringankan tangan anda untuk tekan button like yeah ! Thanks

0 Domo(s):